Monday, 4 April 2016

Cara Betul Guna Dermaroller (According to Me)

Assalamualaikum!



I dah pernah cerita pasal dermaroller kan sebelum ni? Untuk korang yang tak tahu, I buat dermarolling sendiri kat rumah. Actually boleh je buat kat klinik, tapi ongkos nya agak mahal lah jugak. 




Jarum yang klinik guna pun rasanya lagi panjang. Ngeri pulak makkk (padahal sendiri buat tak ngeri pulek lol)

I tak di sponsor untuk buat post pasal dermaroller ni tau. Semuanya atas bajet dan pengalaman sendiri hewhew. Kali ni I nak cerita sikit pasal cara penggunaan dermaroller yang betul. I tak kata cara yang I post ni memang betul, ni apa yang I rasa betul lah pada I lol. Setakat ni takde yang pelik pelik lah jadi. Kalau nak ikutkan I dah boleh post video kat sini, tapi suara pecah pulak dalam video so tak dapek nak tepek video kat sini zzz.

So bertabah lah kau baca post mak ni nakkk.

Perkara paling penting bila kita guna dermaroller is sterilize. Sebab kita deal dengan needles kan, kang kuman ke hape masuk dalam muka masa tengah dermarolling susah pulak. Elok elok nak repair kulit, makin teruk lagi ada. Nak sterilize/basuh/sanitize dermaroller pakai apa? Ada orang guna isopropyl alcohol, ada yang rendam dalam air panas campur garam.

I pakai dettol antiseptic je. Alaaaa yang liquid tuuuuuu

Haaa yang niiii


I campur je satu penutup botol dettol dengan air panas. Lepas tu rendam lah selama 15 ke 20 minit. Kalau yang pakai alcohol tu pun sama je penggunaannya. 

Lepas dah sterilized, boleh lah rolling kat muka. Make sure muka tu dah cuci bersih k.

Image result for how to hold derma roller
Sumber: Google Images


Ini satu lagi benda yang I nak tekankan. Nak rolling pun ada caranya k. Jangan sesedap rasa je drag dermaroller atas muka tuuuu. I pernah baca pengalaman orang yang main drag je dermaroller tu, last last jadi parut lain pulak hm.

Lepas dah habis rolling, sanitize dan boleh lah disimpan dalam bekas yang disediakan. Lepas tu boleh lah teruskan dengan serum/moisturizer application.

Kepada newbies yang berminat nak beli tu, I sarankan buat dulu research apa semua. Agak agak dah ready boleh lah cari dermaroller kat bawah ni, I pun beli dermaroller kat situ jugak tapi korang pepandai lah cari mana yang okay dan dapat banyak positive reviews








Toodles!

20 comments:

Iam.shan said...

Let say time buat derma roller muka tu luka . Kena bilas luka tu dulu baru sapu moisturiser or biar je luka tu terus tepek moisturiser?

amizatuljoe said...

@lam.shan, kalau banyak luka tu bilas dulu pun takpe. Lepas tu sapu moisturizer.

Unknown said...

Haii. I dah cuba semalam. Guna yg 1.0mm.tapi xde luka2 pun. Kulit pn xmerah2 i dah tekan kt kulit pun sakit je yg ade. Ape sbb jejarum tu xtajam kee i beli yg rm14 jee hhheee. So esok ni nak beli yg quality sikit la. Mgkin sbb jarum xtajam skin i xde luka xde merah.

amizatuljoe said...

Laaa yeke. Awal awal memang macam tu, memang sakit je. Normal rasa sakit tu kalau tak letak numbing cream. Kena rolling banyak kali dekat muka baru ada luka luka tu.

Zathum said...

Nak tanya kalau kita buat dermaroller tu pada waktu malam. Pagi tu kita cuci muka dengan air sejuk je ke? Perlu tak guna pencuci muka

Zathum said...

Nak tanya kalau kita buat dermaroller tu pada waktu malam. Pagi tu kita cuci muka dengan air sejuk je ke? Perlu tak guna pencuci muka

amizatuljoe said...

@Zathum, kalau kulit muka rasa pedih lagi masa bangun tidur tu jangan guna pencuci muka. Biar pedih tu reda baru basuh guna pencuci muka.

Unknown said...

Berapa minit ya nak rendam dermaroller tu

amizatuljoe said...

Dalam 5 minit macam tu.

Unknown said...

Lepas rendam tu kena basuh tk ? Ke biar kering dgn air dettol tu?

amizatuljoe said...

Kalau saya biar kering je.

Unknown said...

Pagi tu kulit rasa pedih,cuci dgn air shj kn?..lepas tu kene sapu serum &pelembab blk x?

amizatuljoe said...

Dalam masa 24 jam lepas buat tu kalau boleh jangan letak apa apa. Lepas tu kalau nak letak serum atau pelembab boleh je takde masalah.

Mell said...

Hai. Lepas sanitize kita tunggu ia kering sendiri baru roll di muka ya? Saya kurang faham maksud dlm 24 jam klau boleh jgn letak apa apa. Cuci muka keesokan paginya pun tak boleh ya?

Tq.

amizatuljoe said...

Ikut pengalaman saya cuci dengan air sahaja. Tak pakai pencuci muka sebab kulit muka still rasa pedih. Maksud 24 jam jangan letak apa apa tu maksudnya tak letak any product dekat muka macam toner, sunscreen etc sebab takut irritate kulit. After 24 hours baru saya buat skin routine macam biasa.

Unknown said...

Assalam nk tnye lepas pakai pencuci muka perlu ke letak toner sblum dermaroller..bolehke lpas pkai pencuci muka trus pkai dermaroller...

Unknown said...

Tp sy ada bca juga artikel ckap klau lpas derma roller ni kulit akan jd sensitif. So besok tu dok umah ke g kje ke tetap kne pkai sunscreen.. Klau x pkai sunscreen kulit akan jd iritasi sbb matahari lg snang serang kulit kita.

amizatuljoe said...

Kalau ikut pengalaman saya okay je nak pakai toner dulu lepas tu derma rolling. Kalau boleh memang kena pakai sunscreen, kalau tak nanti kulit senang jadi gelap lepas dermarolling tu. Dan jangan kopek kalau kulit muka tengah mengelupas, nanti boleh jadi hyperpigmentation.

Unknown said...

hello, i nak tanya, i masih newbie dalam hal ni... you kenal tak produk zaffy? selamat ke kalau i pakai lepas roller kat muka... sebab produk zaffy tu tujuan dia untuk perbaiki semula skin barrier kita... terima kasih

Unknown said...

and safe ke guna dettol + hot water je nak cuci dermaroller tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...