"Work hard for what you want because it won't come to you without a fight."
Leah LaBelle
Tetibe nak start dengan format lama balik lol. Format blog lama dulu macam ni lah. Start dengan quotes yang membina lepas tu baru lah merapu cerita benda lain :p
Tapi bukan itu point dia sekarang ni.
Sekarang ni I tengah menyimpan azam nak beli phone baru muahaha! I beli Lenovo A850 dalam dua tahun lepas tak silap. Beli pun sebab desperate lol. Takde lah desperate mana, I mean bila fikir balik okay jugak takde phone, rasa freedom macam mana tah, susah nak explain. Tapi tu lah, hidup takde smartphone ni, orang pun taktau kita hidup lagi ke tak lol. Ada sekali tu, kawan kawan I wish happy birthday kat whatsapp, dua tiga bulan lepas tu baru I balas. Kongasam punya kawan hahaha! Dorang ingat I dah lupa kawan. Kawan I siap inbox kat FB, tanya I hidup lagi ke tak gahahaha! Sorry uolssss!
Sebelum adanya Lenovo A850 ni, I pakai Blackberry. Itu pun Ayah I yang wariskan BB tu dekat I sebab dia dah beli phone baru. Time tu I baru start Semester 2 Asasi, back in 2011. Masalahnya, BB tu pun dah memang problem. Ayah pun kongasam jugak, BB rosak dibaginya haku lol. Time tu memang BB tu kira satu trend lah jugak. Kengkawan semua sejenis pakai BB. Lepas dua tahun berjasa, nak tahu apa jadi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Innalillahhiwainnailaihirojiun. Arwah dah.
Banyak jasa kot BB ni dari I habis Asasi sampai lah masuk Degree. Yang sengalnya, BB ni dah memang tenat masa tu, banyak kali on pun kejap hidup pastu mati balik, tension punya pasal I kasi hempas atas lantai. Mana tau, mau pulak hidup nya kan *facepalm* last last jadi cenggitu terus pffffffft.
Maka disebabkan kekangan duit dan sebagainya, I pakai hp ni haaaaa
Sumber: Google Images |
Hahahahaha! Hp ni pun banyak jugak jasanyaaaa. Walaupun tak boleh nak online ke hape, at least berfungsi jugak lah nak msg or call orang. So I pakai je lah hp ni time awal awal degree dulu walaupun segan segan alah dengan orang lain yang bangga dengan smartphone memasing. Kemana mana sahaja smartphone di tangan, dengar lagu, main game. Aku nak main game pun, game ular je lah yang hade pun, tak pun carrom hahahaha!
Nak lagi sedih, hp I pakai tu pun bukannya decent mana woh.
Siap berseletep lagi.
Lenovo ni pun rasa macam nak tukar sebab selalu problem tang usb nya. Susah sangat bila nak charge, asyik tak detect je. Tapi bila pikir pikir balik, guna je lah sampai jahanam baru beli lain. Sebab I rasa macam membazir pun ada gak beli lain. Disebabkan sebelum ni usb Lenovo tu pernah rosak, I pernah lah setengah tahun menyepi tak guna phone langsung. Time tu rasa macam betul betul living. Daripada dulu asyik mengadap hp, bila takde hp tu baru lah cari benda lain untuk mengisi masa lapang. Tak mati pun takde hp.
Cumanya, I dah banyak spend untuk repair phone I tu. Dah dua kali hantar kedai kot. Andai kata Lenovo ni cari pasal dengan I lagi, memang I kena cari phone backup lain lah pasni. Hewhew.
Toodles!
No comments:
Post a Comment