Showing posts with label cara guna derma roller. Show all posts
Showing posts with label cara guna derma roller. Show all posts

Monday, 4 April 2016

Cara Betul Guna Dermaroller (According to Me)

Assalamualaikum!



I dah pernah cerita pasal dermaroller kan sebelum ni? Untuk korang yang tak tahu, I buat dermarolling sendiri kat rumah. Actually boleh je buat kat klinik, tapi ongkos nya agak mahal lah jugak. 




Jarum yang klinik guna pun rasanya lagi panjang. Ngeri pulak makkk (padahal sendiri buat tak ngeri pulek lol)

I tak di sponsor untuk buat post pasal dermaroller ni tau. Semuanya atas bajet dan pengalaman sendiri hewhew. Kali ni I nak cerita sikit pasal cara penggunaan dermaroller yang betul. I tak kata cara yang I post ni memang betul, ni apa yang I rasa betul lah pada I lol. Setakat ni takde yang pelik pelik lah jadi. Kalau nak ikutkan I dah boleh post video kat sini, tapi suara pecah pulak dalam video so tak dapek nak tepek video kat sini zzz.

So bertabah lah kau baca post mak ni nakkk.

Perkara paling penting bila kita guna dermaroller is sterilize. Sebab kita deal dengan needles kan, kang kuman ke hape masuk dalam muka masa tengah dermarolling susah pulak. Elok elok nak repair kulit, makin teruk lagi ada. Nak sterilize/basuh/sanitize dermaroller pakai apa? Ada orang guna isopropyl alcohol, ada yang rendam dalam air panas campur garam.

I pakai dettol antiseptic je. Alaaaa yang liquid tuuuuuu

Haaa yang niiii


I campur je satu penutup botol dettol dengan air panas. Lepas tu rendam lah selama 15 ke 20 minit. Kalau yang pakai alcohol tu pun sama je penggunaannya. 

Lepas dah sterilized, boleh lah rolling kat muka. Make sure muka tu dah cuci bersih k.

Image result for how to hold derma roller
Sumber: Google Images


Ini satu lagi benda yang I nak tekankan. Nak rolling pun ada caranya k. Jangan sesedap rasa je drag dermaroller atas muka tuuuu. I pernah baca pengalaman orang yang main drag je dermaroller tu, last last jadi parut lain pulak hm.

Lepas dah habis rolling, sanitize dan boleh lah disimpan dalam bekas yang disediakan. Lepas tu boleh lah teruskan dengan serum/moisturizer application.

Kepada newbies yang berminat nak beli tu, I sarankan buat dulu research apa semua. Agak agak dah ready boleh lah cari dermaroller kat bawah ni, I pun beli dermaroller kat situ jugak tapi korang pepandai lah cari mana yang okay dan dapat banyak positive reviews








Toodles!

Tuesday, 16 February 2016

Dermaroller Part I

Assalamualaikum.


Ingat lagi pasal entry Dermaroller baru baru ni?

Dermaroller yang I order haritu dah pun sampai wahahaha!



This is 0.5mm dermaroller with 540 needles. First impression? Barang sama macam dalam gambar. Esok malam tu I test pakai. Disebabkan I takde rubbing alcohol, I disinfect dengan dettol je. Lepas tu cuci muka bersih bersih then roll dekat muka.

Untuk first time user ni serius I cakap, sakit gila nak mampusssss! Okay I exaggerate a little bit. Sakit tu sakit lah tapi boleh tolerate lagi. Menahan air mata jugak lah tahan sakit tu hahahaha tapi takde lah teruk mana. Dah lama lama nanti biasa lah. Kalau I ambek yang 1mm tu dah lama kot menangis nya T.T

Lepas dah roll tu kulit I terasa pedih sikit lah tapi takde bleeding apa pun. I sapu aqueous cream je lepas tu. Aqueous cream tu lebih kurang macam moisturizer lah hewhew. After a few hours tu, kulit dah terasa ketat semacam. Taktau ah feeling je ke hape, tapi bila nak bukak mulut luas luas pun rasa ketat semacam kulit iols. I tak apply make up or keluar time panas pun after dermarolling ni. 5 days lepas tu je baru start pakai makeup apa semua. Kalau tak, I tak berani sebab kulit still tengah healing lagi.

Any improvements will be updated!


p/s: I beli dermaroller I dekat SINI


Toodles!

Saturday, 6 February 2016

Dermaroller dan cara beli online di Lazada

Assalamualaikum.



First and foremost, pernah dengar pasal Dermaroller?

Sumber: Google Images


For someone yang agak noobies, I banyak gila buat research pasal Dermaroller ni. Asalnya I mencari cara untuk hilangkan rolling scars kat muka ni. Alaaa, orang panggil apa tu? Muka berlubang? Entahlah. Sebab dulu time sekolah, jerawat sumpah banyak. Dah banyak tu, mula lah gatal nak memicit, sudahnya jadi lah berlubang T.T Time tengah research tu I diperkenalkan dengan Dermaroller ni. Depa kata artis macam Angelina Jolie dengan Brad Pitt pun guna benda alah ni jugak. Sebab tu kot muka glowing and nampak muda je :>

So apa itu Dermaroller?


Sumber: Google Images


I pakai bahasa mudah nak paham lah ye hahaha. Dermaroller ni satu alat yang menggunakan jarum halus (mengikut saiz) dan digunakan secara 'rolling' di atas permukaan kulit untuk menghasilkan trauma (luka) kepada kulit (boleh jadi kat muka, stretchmarks kat peha etc) dan seterusnya menghasilkan collagen untuk merawat kembali kulit tersebut (refer gambar di atas).

Hahaha paham ke tu? Tapi paham lah jugak sesetengah concern tu, benda ni pakai jarum kot, nak letak kat muka. Kalau salah caranya, lain pulak yang jadi kan? Sebab tu I banyak buat research pasal benda ni. Kalau nak ikutkan banyak klinik yang menawarkan khidmat micro-needling ni macam Klinik Mediviron UOA, Klinik Dr. Haseenah etc tapi paham paham je lah, berapa kali sessions dah beribu huhu. So other alternative is buat sendiri.

Nak buat sendiri tu kena extra caution jugak lah kan. Takleh nak main tibai je. So hasil dari pembacaan I: 

Lagi elok kalau guna titanium daripada stainless steel punya micro needle.

Sebabnya lagi tahan lama dan kuat dan tak cepat berkarat.

Numbing cream diperlukan kalau needle tu bersaiz 1mm dan ke atas.

Tapi dari pembacaan I lah kan, dermaroller tu elok lah beli 1mm dan ke bawah especially kalau tujuannya nak guna kat muka. Sebab banyak yang I baca siap beli 3mm dermaroller lepas tu rolling sendiri atas muka. Pergh. Merah kat muka tu jangan cakap lah, dengan darahnya lagi T.T Kesannya maybe lagi cepat (taktau lah kan) tapi untuk kita kita yang acah acah nak buat sendiri kat rumah tu, better guna micro-needle 1mm dan ke bawah.

Jangan kongsi dermaroller dengan orang lain.

Yang ni penting ye for hygiene purposes. Oh, cakap pasal hygiene ni jugak, dermaroller tu pun kena disinfect dulu sebelum guna. Ada setengah orang pakai rubbing alcohol, ada jugak yang letak dermaroller dalam air panas.

Derma-rolling time tengah cuti atau takde apa apa nak buat the next day.

Unless kalau anda confident nak keluar dengan muka merah dan berlubang begitu lol.

Post derma-rolling.

Kalau kata korang apply numbing cream tu, tunggu dalam 20 minit macam tu baru bersihkan muka tu then rolling. Kalau tak guna numbing cream, basuh muka leklok je lah then rolling. Lepas rolling boleh letak vitamin serum atau moisturizer. AND! Jangan keluar dari rumah tengah tengah panas selepas rolling tanpa menggunakan sunblock. Kalau boleh, jangan guna mekap jugak for few hours. Bukan kalau boleh, memang tak boleh! So seeloknya rolling lah sebelum nak tidur ye hahaha. Oh, lepas dah rolling tu, cuci balik dermaroller tu dengan rubbing alcohol/air panas etc.

Jarakkan penggunaan dermaroller after each session.

Dari apa yang I baca, jarakkan dalam 5 ke 6 minggu kalau guna micro-needle 1 mm dan ke atas after each session. Ini bertujuan untuk kasi kulit tu rehat dan pulih balik. Kalau guna 0.5 mm tu once every 3 weeks.


Itu serba sedikit pemahaman I lah pasal dermaroller dan cara penggunaan dia. I banyak baca pengalaman orang sebab facts pasal dermaroller tu banyak je, boleh google. Tapi pengalaman orang yang dah guna dermaroller tu pun penting jugak. Asalnya I nak beli 1 mm dermaroller tapi sesetengah orang kata sakit dan kena guna numbing cream, I beli 0.50 mm je lah senang. Kang kalau betul sakit pastu taknak guna, dah bazir duit kat situ hewhew. 

So kat mana I beli?

Lazada

Untuk orang baru berjinak macam I ni, I cari kat Lazada je senang. Tapi kena betul betul research lah sebab ada sesetengah tu memang murah gila gila. RM17 untuk 1 mm dermaroller? Fuh. Takut pulak nak beli barang terlebih murah ni sebab derma roller ni memang mahal pun sebenarnya. So bila tengok harga murah macam tu macammm hmmmmm. 

Last last, I pilih yang ni



I beli sekali virgin coconut oil for post derma-rolling nanti.



Macam mana nak beli barang kat Lazada? I pun baru first time try beli kat Lazada hahaha. Ingatkan susah, rupanya senang je! 

Lepas dah daftar kat Lazada and verify email apa semua, boleh pilih barang apa nak beli. Lepas dah pilih barang boleh lah checkout dan isi butiran yang diperlukan.

Ada 4 cara pembayaran di Lazada:
  1. Cash On Delivery (COD): bayar ketika courier sampai di rumah/alamat penghantaran. (tengok tempat jugak, tak semua tempat boleh COD)
  2. Online banking: I guna Maybank2U untuk bayar barang yang I nak.
  3. Credit Card / Debit Card: bayar menggunakan credit card atau debit card Mastercard / VISA. 
  4. Paypal: bayar guna paypal pun boleh kalau ada.
  5. Dah check semua butiran yang diisi? Tekan Place Order untuk membuat pesanan :B



Lepas ni boleh lah try derma roller kat rumah wuhuuuu!

p/s: I beli dermaroller I dekat SINI




Toodles!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...