Saturday, 6 February 2016

Dermaroller dan cara beli online di Lazada

Assalamualaikum.



First and foremost, pernah dengar pasal Dermaroller?

Sumber: Google Images


For someone yang agak noobies, I banyak gila buat research pasal Dermaroller ni. Asalnya I mencari cara untuk hilangkan rolling scars kat muka ni. Alaaa, orang panggil apa tu? Muka berlubang? Entahlah. Sebab dulu time sekolah, jerawat sumpah banyak. Dah banyak tu, mula lah gatal nak memicit, sudahnya jadi lah berlubang T.T Time tengah research tu I diperkenalkan dengan Dermaroller ni. Depa kata artis macam Angelina Jolie dengan Brad Pitt pun guna benda alah ni jugak. Sebab tu kot muka glowing and nampak muda je :>

So apa itu Dermaroller?


Sumber: Google Images


I pakai bahasa mudah nak paham lah ye hahaha. Dermaroller ni satu alat yang menggunakan jarum halus (mengikut saiz) dan digunakan secara 'rolling' di atas permukaan kulit untuk menghasilkan trauma (luka) kepada kulit (boleh jadi kat muka, stretchmarks kat peha etc) dan seterusnya menghasilkan collagen untuk merawat kembali kulit tersebut (refer gambar di atas).

Hahaha paham ke tu? Tapi paham lah jugak sesetengah concern tu, benda ni pakai jarum kot, nak letak kat muka. Kalau salah caranya, lain pulak yang jadi kan? Sebab tu I banyak buat research pasal benda ni. Kalau nak ikutkan banyak klinik yang menawarkan khidmat micro-needling ni macam Klinik Mediviron UOA, Klinik Dr. Haseenah etc tapi paham paham je lah, berapa kali sessions dah beribu huhu. So other alternative is buat sendiri.

Nak buat sendiri tu kena extra caution jugak lah kan. Takleh nak main tibai je. So hasil dari pembacaan I: 

Lagi elok kalau guna titanium daripada stainless steel punya micro needle.

Sebabnya lagi tahan lama dan kuat dan tak cepat berkarat.

Numbing cream diperlukan kalau needle tu bersaiz 1mm dan ke atas.

Tapi dari pembacaan I lah kan, dermaroller tu elok lah beli 1mm dan ke bawah especially kalau tujuannya nak guna kat muka. Sebab banyak yang I baca siap beli 3mm dermaroller lepas tu rolling sendiri atas muka. Pergh. Merah kat muka tu jangan cakap lah, dengan darahnya lagi T.T Kesannya maybe lagi cepat (taktau lah kan) tapi untuk kita kita yang acah acah nak buat sendiri kat rumah tu, better guna micro-needle 1mm dan ke bawah.

Jangan kongsi dermaroller dengan orang lain.

Yang ni penting ye for hygiene purposes. Oh, cakap pasal hygiene ni jugak, dermaroller tu pun kena disinfect dulu sebelum guna. Ada setengah orang pakai rubbing alcohol, ada jugak yang letak dermaroller dalam air panas.

Derma-rolling time tengah cuti atau takde apa apa nak buat the next day.

Unless kalau anda confident nak keluar dengan muka merah dan berlubang begitu lol.

Post derma-rolling.

Kalau kata korang apply numbing cream tu, tunggu dalam 20 minit macam tu baru bersihkan muka tu then rolling. Kalau tak guna numbing cream, basuh muka leklok je lah then rolling. Lepas rolling boleh letak vitamin serum atau moisturizer. AND! Jangan keluar dari rumah tengah tengah panas selepas rolling tanpa menggunakan sunblock. Kalau boleh, jangan guna mekap jugak for few hours. Bukan kalau boleh, memang tak boleh! So seeloknya rolling lah sebelum nak tidur ye hahaha. Oh, lepas dah rolling tu, cuci balik dermaroller tu dengan rubbing alcohol/air panas etc.

Jarakkan penggunaan dermaroller after each session.

Dari apa yang I baca, jarakkan dalam 5 ke 6 minggu kalau guna micro-needle 1 mm dan ke atas after each session. Ini bertujuan untuk kasi kulit tu rehat dan pulih balik. Kalau guna 0.5 mm tu once every 3 weeks.


Itu serba sedikit pemahaman I lah pasal dermaroller dan cara penggunaan dia. I banyak baca pengalaman orang sebab facts pasal dermaroller tu banyak je, boleh google. Tapi pengalaman orang yang dah guna dermaroller tu pun penting jugak. Asalnya I nak beli 1 mm dermaroller tapi sesetengah orang kata sakit dan kena guna numbing cream, I beli 0.50 mm je lah senang. Kang kalau betul sakit pastu taknak guna, dah bazir duit kat situ hewhew. 

So kat mana I beli?

Lazada

Untuk orang baru berjinak macam I ni, I cari kat Lazada je senang. Tapi kena betul betul research lah sebab ada sesetengah tu memang murah gila gila. RM17 untuk 1 mm dermaroller? Fuh. Takut pulak nak beli barang terlebih murah ni sebab derma roller ni memang mahal pun sebenarnya. So bila tengok harga murah macam tu macammm hmmmmm. 

Last last, I pilih yang ni



I beli sekali virgin coconut oil for post derma-rolling nanti.



Macam mana nak beli barang kat Lazada? I pun baru first time try beli kat Lazada hahaha. Ingatkan susah, rupanya senang je! 

Lepas dah daftar kat Lazada and verify email apa semua, boleh pilih barang apa nak beli. Lepas dah pilih barang boleh lah checkout dan isi butiran yang diperlukan.

Ada 4 cara pembayaran di Lazada:
  1. Cash On Delivery (COD): bayar ketika courier sampai di rumah/alamat penghantaran. (tengok tempat jugak, tak semua tempat boleh COD)
  2. Online banking: I guna Maybank2U untuk bayar barang yang I nak.
  3. Credit Card / Debit Card: bayar menggunakan credit card atau debit card Mastercard / VISA. 
  4. Paypal: bayar guna paypal pun boleh kalau ada.
  5. Dah check semua butiran yang diisi? Tekan Place Order untuk membuat pesanan :B



Lepas ni boleh lah try derma roller kat rumah wuhuuuu!

p/s: I beli dermaroller I dekat SINI




Toodles!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...