I ni boleh dikatakan agak stingy dan boros all at the same time. Haaa cane tu? Bab manage duit tu I pandai lah uruskan sikit sikit, sikit sikit ye, tak banyak hahaha. Kalau Ayah I nampak ni mesti dia gelak ahahahaha pandai lah kononnn pfftt.
Tapi itu bukan point nya.
Point sekarang ni I pantang ada duit lebih sikit, nak beli itu ini. Dah belanja sakan, duit lebih aka duit syiling merata rata lah humban dalam purse, dalam beg, kat bilik etc.
So I kira kira, kalau duit syiling haku ni kumpul bebanyak paling cikai pun dapat ah RM50 camtu. Serius woh. Tahun lepas I kumpul dalam Mr. Potato punya bekas tinggi tu, lepas tukar kat Coins Deposit Machine, dapat lah RM100 macam tu. Duit syiling je weyyy. Tiap kali kau beli barang pakai duit kertas, duit syiling lebih tu humban lah dalam tabung tu hewhew tak susah pun.
Itu cerita 6 bulan lepas lah. Bulan 9 tahun lepas I start balik kumpul duit syiling. Tapi kali ni dalam tabung pendek ni haaa
Adik lelaki I memang hantu makan kacang dalam bekas ni. Pantang pergi supermarket, mesti ada je benda alah ni dalam troli. Taknak ah membazir kan, membazir kan amalan syaitonnn. So recycle lah balik gahahaha!
Separuh tabung haritu I kumpul, ada lah dalam RM30 something macam tu.
Ni pun dah nak penuh tabung. Petang tadi pergi Rawang konon konon nya nak tukar duit syiling ni haaa dah alang alang ada hal kat sana. Tapi mesin rosakkk. Pape tah, dari dua minggu lepas lagi macam tu jugak. Bila nak baiknya tah. Dekat Rawang tu yang I tahu Maybank dengan Bank Muamalat je yang ada Coins Deposit Machine tu. Tak sure yang lain ada ke tak.
Dan antara dua bank ni, I rasa senang lagi nak berurusan dengan Bank Muamalat. Kalau dengan Maybank, kena pergi kat mesin tu, letak coins then lepas tu kena pergi kaunter. Nak pergi kaunter, sah sah lah kena ambek nombor giliran apa semua, kena tunggu lagi. Leceh lah pada I. Kalau dengan Bank Muamalat, mesin nya dah memang tersedia sekali dengan mesin ATM, deposit apa semua tu. So tak payah susah susah pergi kaunter, mesin tu kira berapa banyak duit syiling kita, then jumlah duit syiling tu terus masuk dalam akaun kita in 24 hours.
Nanti lah, tengah tengah rajin nanti I cuba nasib pergi sana lagi (nak tukar kat kedai, malas pulak nak kira huhuuu)
Toodles!
No comments:
Post a Comment