Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Tuesday, 2 August 2016

Escape Room @ Berjaya Times Square Kuala Lumpur

Assalamualaikum!



Dah berapa kali terbengkalai post ni, Sabtu malam tu ingat nak update tapi malas dia tu ya ampunnnn.

Rasanya ini dah kali kedua post pasal jalan jalan kat Times Square hoho dah macam rumah kedua dah rasanya TS tu pft. Haritu pergi Cosmo World dengan geng geng U, kali ni dengan kawan baik dari zaman sekolah. I dah lama nak try main kat Escape Room tapi memandangkan takde geng time tu, terkubur lah hasrat daku huhu. So minggu lepas, bestfriend cadang main kat sana sebab boring asyik makan minum je bila keluar. Nak jugak beraktiviti khen, nasib baik lah bestfriend pun ada feeling nak main kat sana jugak (the perks of having kawan satu kepala).



ESCAPE ROOM

Kalau nak jimat, sila book online hokay. Menyesal jugak tak book online ritu, kalau tak dah boleh jimat kat situ.

Sampai je, kitaorang di 'greeted' oleh promoter yang super friendly kat sana. Cuak jugak, dah lah tak pernah main, taktau nak expect apa kat dalam tu. Tapi promoter tu baik gila wey, dia akan guide korang through the game.



ESCAPE ROOM

Lepas bermesyuarat hampir setengah jam, kitaorang decide main The Cage - Of Death & Mystery. Punya lama pikir nak main game mana satu zzz. Harga nak masuk Escape Room tu ada tertera dalam gambar kat atas atau boleh klik kat sini je. Lepas dah settle bayar kat kaunter bukan buta buta je masuk ye, promoter tadi akan briefing kejap pasal game yang kitaorang nak main tu. Dia akan cerita lah game tu pasal apa etc. Kitaorang ditugaskan untuk menyelesaikan misteri kematian seorang actress ni, acah acah jadi detektif lah ahah. Feeling feeling CSI sangat time tu kah! Awal awal lagi bestfriend tanya kot kot ada benda benda kejar kita ke hape kat dalam tu hahahaha cuak punya pasal. Tapi jangan risau, benda benda tu semua tak wujud, apa yang penting misi kita tu hoho.

Selain tu jugak, dia akan terangkan rules bila main kat dalam Escape Room tu. Eg: takleh rosakkan barang barang yang ada dalam bilik tu, and boleh tekan button untuk pertolongan dua kali sahaja and etc. So jangan nak memandai kasi pecah cermin ke, koyak kan sticker ke hape dalam tu. Ikut je arahan dia.

Oh loker juga disediakan and kena caj RM5. RM5 tu nanti dia akan pulangkan lepas kita selesai main game. Nak bawak handphone masuk pun takde masalah, cuma takleh tangkap gambar lah dalam tu hewhew.

Masa kitaorang masuk kat dalam bilik tu agak creepy lah jugak. Tambah dengan music kat dalam tu ergh naik bulu tengkuk.




Taktau lah kenapa tengok jam ni teringat movie Saw. Dah lah kat dalam tu pun dah seghupe penjara T.T


Kitaorang diberi masa 45 minit untuk dapatkan klu dan selesaikan misteri kat dalam bilik tu. Yang takleh bla, tak sampai 15 minit dah tekan button mintak tolong hahaha. Itu baru nak dapatkan first clue. Rasa macam loser gila woh. Rupa rupanya klu dia dah ada kat situ, cuma kita yang overthinking. 

In the end, kitaorang terguna dua kali pertolongan masa main game tu and kitaorang still tak dapat selesaikan misteri kenapa pelakon tu mati tiba tiba haha. Tapi yang best nya, walaupun masa dah tamat promoter yang super friendly and super baik hati tadi tu guide kitaorang main game tu sampai habis. Dia pun geram nengok kitaorang still stuck kat klu kedua haha siap marah marah lagi kenapa tak panggil dia hewhew.

Kesimpulannya, takde lah rasa rugi sangat walaupun tak dapat selesaikan misteri tu dalam tempoh masa yang ditetapkan hahaha. Memang mencabar minda wey serius. So bagi yang first timer tu, hakak cadang engko ambek level kanak kanak dulu je lah hoho. Serius ni T.T







Bye!

Monday, 25 July 2016

Cosmo World Berjaya Times Square Theme Park Kuala Lumpur

Assalamualaikum.




Dua minggu lepas kawan kawan I ajak jumpa dekat Times Square. Semua beria benor ajak jumpa sebab ada yang dah habis study en, so nak jumpa for the last time lah. Alkisahnya, deme sibuk nak main kat Cosmo World. Alaaaa yang ada indoor theme park tuuuu. Kerana kawan, kuturutkan juaaaa hewhew. Tapi I dah banyak kali pergi sebelum ni, so takde lah se excited kengkawan yang lain. Kengkawan yang lain semua lain lain nogori, so nak merasa lah main kat situ. 

Cadangnya jumpa tengahari, so pukul 9 pagi macam tu dah siap siap nak gerak dah. Sebab I naik public transport so kena lah rancang waktu leklok. Naik KTM dari Rawang nak ke KL Sentral dalam RM5.10 tak silap. Lepas tu dari KL Sentral kena tukar naik monorel pulak, dalam RM3 lebih. Emmm penat k menapak.

Cosmo World tu duk kat Tingkat 5. Tak susah pun nak cari. Agak agak macam dengar bunyi bergegar gegar tu dah nak dekat lah tu hahaha. 


Untuk keterangan lanjut, boleh KLIK SINI


Masa pergi tu time weekdays so tak ramai sangat orang. Sebelum nak masuk tu, bayar dulu kat kaunter and dia akan bagi satu wristband. Korang boleh keluar masuk Cosmo World tu dua kali je. Sekati korang lah nak pergi solat ke makan ke hape. Lebih dua kali, beli tiket lain hoho. 


Harga tiket



Kalau nak jimat, book online. Dapat 15% diskaun. Kira lah berapa jimat kat situ.




Sampai je terus bergambar hahaha lama tak jumpa! 

Masa sampai tu pun, I main permainan kanak kanak dulu. Nak kasi warm-up katakannn kah! Kalau terus naik roller coaster kang pening dah taknak main games lain pulek. So naik lah train kanak kanak ni haaaaa




YB melawat kawasan. 


Tak semua rides kanak kanak ni boleh naik. Ada certain rides je adults boleh naik. Kitaorang naik train macam dalam gambar kat atas ni, Crazy Bus dengan hape tah satu lagi. Kononnya, nak naik roller coaster yang paling last hahaha deme tak tahu yang paling rasa nak muntah DNA Mixer tu hoho.



 https://www.berjayatimessquarethemeparkkl.com/key-attractions




Lepas puas jadi kanak kanak ribena, kitaorang beratur tunggu turn nak main Robo Crash. Dapat je masuk, semua berebut kete, jenis tak sabar nak langgar orang pft. Banyak dendam kot selama ni hm. Kalau tengok daripada gambar pun tak payah beratur panjang, kejap je dah boleh masuk.




Lepas puas langgar kete, kitaorang pun turun tingkat bawah main Spinning Orbit pulak. Taktau lah kenapa deme ni cuak sangat nak main benda alah ni


Padahal bagi  I yang ni lah paling santai daripada yang lain lain hahaha. 




Em nampak lah muka yang tak berapa nampak tu hahaha. Yang ni namanya Oort's Express. Rajinnya google nama ahaha. Yang ni duduk dalam ranking ketiga rasa nak muntah lepas DNA Mixer and 
Supersonic Odyssey.  




Next ride, Supersonic Odyssey aka roller coaster. I boleh tahan naik benda alah ni dua kali je. Lebih dari tu memang tak lah dik non, pening gila kot. Kawan I lagi lah, naik sekali terus muntah. Punya dasat. Nasib baik lah ni last ride yang kitaorang main. I nak main Dizzy Izzy kat tingkat bawah tu tapi dorang dah naik dulu sebelum I sampai, lepas tu masing masing taknak naik dah, pening, tak best lah takde geng zzz.

Roller coaster dia boleh tahan lah. Part pusing 360 darjah tu takleh blah k. Dah lah tu, sekati je berhenti mengejut. Sakit tengkuk mak.






Muka masing masing lepas naik roller coaster. Berjemaah semua kat kerusi, atas lantai hahaha. 



Habis bersuka ria, kitaorang pun keluar untuk solat, then makan and lepas tu teman deme shopping. The end.



Minggu ni plan keluar dengan Essy pulak. Banyak benda nak catch up hewhew.






Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...