Dah berapa kali terbengkalai post ni, Sabtu malam tu ingat nak update tapi malas dia tu ya ampunnnn.
Rasanya ini dah kali kedua post pasal jalan jalan kat Times Square hoho dah macam rumah kedua dah rasanya TS tu pft. Haritu pergi Cosmo World dengan geng geng U, kali ni dengan kawan baik dari zaman sekolah. I dah lama nak try main kat Escape Room tapi memandangkan takde geng time tu, terkubur lah hasrat daku huhu. So minggu lepas, bestfriend cadang main kat sana sebab boring asyik makan minum je bila keluar. Nak jugak beraktiviti khen, nasib baik lah bestfriend pun ada feeling nak main kat sana jugak (the perks of having kawan satu kepala).
ESCAPE ROOM
Kalau nak jimat, sila book online hokay. Menyesal jugak tak book online ritu, kalau tak dah boleh jimat kat situ.
Sampai je, kitaorang di 'greeted' oleh promoter yang super friendly kat sana. Cuak jugak, dah lah tak pernah main, taktau nak expect apa kat dalam tu. Tapi promoter tu baik gila wey, dia akan guide korang through the game.
ESCAPE ROOM
Lepas bermesyuarat hampir setengah jam, kitaorang decide main The Cage - Of Death & Mystery. Punya lama pikir nak main game mana satu zzz. Harga nak masuk Escape Room tu ada tertera dalam gambar kat atas atau boleh klik kat sini je. Lepas dah settle bayar kat kaunter bukan buta buta je masuk ye, promoter tadi akan briefing kejap pasal game yang kitaorang nak main tu. Dia akan cerita lah game tu pasal apa etc. Kitaorang ditugaskan untuk menyelesaikan misteri kematian seorang actress ni, acah acah jadi detektif lah ahah. Feeling feeling CSI sangat time tu kah! Awal awal lagi bestfriend tanya kot kot ada benda benda kejar kita ke hape kat dalam tu hahahaha cuak punya pasal. Tapi jangan risau, benda benda tu semua tak wujud, apa yang penting misi kita tu hoho.
Selain tu jugak, dia akan terangkan rules bila main kat dalam Escape Room tu. Eg: takleh rosakkan barang barang yang ada dalam bilik tu, and boleh tekan button untuk pertolongan dua kali sahaja and etc. So jangan nak memandai kasi pecah cermin ke, koyak kan sticker ke hape dalam tu. Ikut je arahan dia.
Oh loker juga disediakan and kena caj RM5. RM5 tu nanti dia akan pulangkan lepas kita selesai main game. Nak bawak handphone masuk pun takde masalah, cuma takleh tangkap gambar lah dalam tu hewhew.
Masa kitaorang masuk kat dalam bilik tu agak creepy lah jugak. Tambah dengan music kat dalam tu ergh naik bulu tengkuk.
Taktau lah kenapa tengok jam ni teringat movie Saw. Dah lah kat dalam tu pun dah seghupe penjara T.T
Kitaorang diberi masa 45 minit untuk dapatkan klu dan selesaikan misteri kat dalam bilik tu. Yang takleh bla, tak sampai 15 minit dah tekan button mintak tolong hahaha. Itu baru nak dapatkan first clue. Rasa macam loser gila woh. Rupa rupanya klu dia dah ada kat situ, cuma kita yang overthinking.
In the end, kitaorang terguna dua kali pertolongan masa main game tu and kitaorang still tak dapat selesaikan misteri kenapa pelakon tu mati tiba tiba haha. Tapi yang best nya, walaupun masa dah tamat promoter yang super friendly and super baik hati tadi tu guide kitaorang main game tu sampai habis. Dia pun geram nengok kitaorang still stuck kat klu kedua haha siap marah marah lagi kenapa tak panggil dia hewhew.
Kesimpulannya, takde lah rasa rugi sangat walaupun tak dapat selesaikan misteri tu dalam tempoh masa yang ditetapkan hahaha. Memang mencabar minda wey serius. So bagi yang first timer tu, hakak cadang engko ambek level kanak kanak dulu je lah hoho. Serius ni T.T
Bye!
No comments:
Post a Comment