Showing posts with label contact lenses beli online. Show all posts
Showing posts with label contact lenses beli online. Show all posts

Wednesday, 13 July 2016

Biomedics 1 Day Extra

Assalamualaikum!




Selamat hari raya by the way! Jenuh dah makan ketupat, lemang, rendang etc, petang tadi ajak Ayah dengan Mama mencekik pizza kat Dominos pulak kahkah!

Oh, harini iols nak kongsi sikit pasal Biomedics contact lens. Dah masuk minggu ketiga dah pakai, so kena bagi review sikit ah best ke idok kan? Hewhew. Gambar takde yeeee, lupa nak snap. Macam biasa, I order dekat MrLens (saya tidak dibayar untuk promote hokay). Dalam satu kotak tu ada 15 pairs of contact lenses. Maknanya ada 30 lah semuanya, tahan lah sebulan. For RM60, it's quite affordable. Lagi affordable sebenarnya daripada Acuvue. Plus, I pakai pun bila rajin eheh.

Sumber: Google Images



Contact lens dia jenis clear, takde corak corak macam BB Blincon yang I pakai sebelum ni. So sangat sangat lah nampak macam tak pakai contact lens. Kalau korang nak nampak natural, contact lens ni adalah salah satu penyelesaiannya. Lagi satu, contact lens ni daily disposable. Tak macam BB Blincon; a pair of contact lens tahan sebulan lepas tu buang. I lagi suka yang daily disposable punya sebab masalah hygiene tu kurang kalau nak dibandingkan dengan monthly disposable huhu tapi ikut keselesaan korang lah nak pakai yang macam mana pun kannn.

TAPI

I ada issue dengan ketidakselesaan masa pakai contact lens ni. Taktahu kenapa. Pakai tak sampai sejam, mula rasa macam tak selesa. Macam boleh rasa lah contact lens tu dalam mata (if you know what I mean). Sebelum ni I pakai Acuvue (daily disposable) lek jeeee. Tapi Biomedics punya macam tak kena dengan jiwa hoho. So untuk hilangkan rasa tak selesa tu, I selalu titiskan ubat mata.

Kalau korang berminat nak beli contact lens, boleh lah jenguk websites MrLens (MrLens kena taja aku ni, dah banyak kali promote woh hahahaha!) sebab kat situ ada banyak jenis contact lens yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian. 


Ok itu je.


Bye!

Sunday, 22 May 2016

Blincon BB Series

Assalamualaikum!




Siapa yang pernah baca post I sebelum ni (hohoho tak baca lagi? meh klik sini, http://clovereightyfive.blogspot.my/2016/02/freshlook-illuminate.html) maybe dah tahu dah I memang pakai contact lens. Tapi I dah habis pakai dah semua 5 pairs tu so kena beli lagi hoho. 

Baru baru ni terminat pulak nak try Blincon BB Series eheh. Sebab nampak macam lawa je orang pakai. 

Macam biasa lah, I beli dekat MrLens sebab sangat sangat affordable hokay. Kalau websites lain kena beli in bulk, dekat MrLens beli sekotak je pun boleh. 



Sampai dalam masa dua hari je. 


I berminat nak pakai Blincon BB Series sebab rasa berbaloi dengan harga. Satu, sepasang contact lens ni boleh tahan sampai 3 bulan. Memandangkan I jarang jarang pakai contact lens (pakai pun bila rajin) so dengan harga yang ditawarkan untuk pemakaian selama 3 bulan tu I rasa sangat berbaloi. Dua, sebab keselesaan. Ramai yang review kata pakai Blincon BB Series ni selesa sangat, rasa macam tak pakai pape kat dalam mata tu. Blincon BB Series ni jugak Korean brand. So nak acah acah nampak macam orang Korea pun boleyyyy (werk, muntah time menaip ni)


Kalau nak ikutkan, kaler grey yang paling popular. I pun tak tau nak try yang mana satu, semua nampak lawa je woh. So I ambek ikut popularity hahaha. Lepas habis 3 bulan nanti pakai color lain pulak eheh :p



Satu kotak tu ada sepasang contact lens. I order power 5.00. Rabun gila kan? Haih bila lah boleh buat lasik ni :"(


So far rasa selesa sangat. Satu benda yang I perasan, lens dia thin, tak tebal. Sebab tu kot rasa selesa time pakai. Selalunya I akan pakai dari pagi sampai malam and in between tu agak agak mata macam kering je, I akan titiskan ubat mata untuk re-hydrate kan balik. 


      

Bila pakai Blincon BB Series ni, terasa lah mata tu nampak besor. Tengok lah diameter nya pun, 8.6 mm. Memang nampak macam doll terus.

Nak tahu tak? I beli dengan harga RM39 je dekat MrLens. Harga asal dia mahu dalam RM60 ke RM70 macam tu. Berbaloi gila. Lepas ni nak try color lain pulak :D



Nah belanja selfie satu kali ahah :p





Bye!

Wednesday, 17 February 2016

FreshLook Illuminate

Assalamualaikum.





Hoho it's finally hereeeee! Seminggu lebih jugak tunggu sebab cuti CNY haritu.




Online shopping makes life easier! I beli Freshlook Illuminate Dailies dekat sini. Rabun I boleh tahan gak aaa. Power 5.00 macam tu. Rabun gila dah rasanya kalau tak pakai spek. Serius. Tak nampak apa T.T I berhenti kejap pakai contact lenses dalam setahun macam tu and selalunya I akan beli jenama Acuvue tapi kali ni nak tukar taste pulak :>


Freshlook Illuminate in Rich Brown

Kotak apa semua dalam condition yang baik alhamdulillah definitely will purchase again at Mrlens. 

So apa yang best sangat Freshlook Illuminate ni? Pernah tengok iklan Yoona SNSD kat Youtube? Nampak dia pakai pun natural je ❤




According to the product description,

FreshLook Illuminate is an eye-enhancing, daily disposable contact lens specially designed for Asian eyes to make eyes look naturally bigger. At the end of the day – more beautiful eyes, effortlessly! Unique starburst pattern blends the coloured ring into the iris of the eyes to make eyes naturally bigger and more beautiful. Special dual-layer colour printing technology that enhances all shades of Asian eyes. The colour of the lens interacts with light to “adapt” to the shade of the wearer’s eye for a natural look.

Bagi I kira okay lah Freshlook ni sebab I lagi suka natural look daripada contact lenses yang bagi mata besar gila tu. Ikut preference masing masing lah kan hewhew :>

Oh haaaa lupa pulak




Dapat free candy! Okbye.





Toodles!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...