Selamat hari raya by the way! Jenuh dah makan ketupat, lemang, rendang etc, petang tadi ajak Ayah dengan Mama mencekik pizza kat Dominos pulak kahkah!
Oh, harini iols nak kongsi sikit pasal Biomedics contact lens. Dah masuk minggu ketiga dah pakai, so kena bagi review sikit ah best ke idok kan? Hewhew. Gambar takde yeeee, lupa nak snap. Macam biasa, I order dekat MrLens (saya tidak dibayar untuk promote hokay). Dalam satu kotak tu ada 15 pairs of contact lenses. Maknanya ada 30 lah semuanya, tahan lah sebulan. For RM60, it's quite affordable. Lagi affordable sebenarnya daripada Acuvue. Plus, I pakai pun bila rajin eheh.
Sumber: Google Images
Contact lens dia jenis clear, takde corak corak macam BB Blincon yang I pakai sebelum ni. So sangat sangat lah nampak macam tak pakai contact lens. Kalau korang nak nampak natural, contact lens ni adalah salah satu penyelesaiannya. Lagi satu, contact lens ni daily disposable. Tak macam BB Blincon; a pair of contact lens tahan sebulan lepas tu buang. I lagi suka yang daily disposable punya sebab masalah hygiene tu kurang kalau nak dibandingkan dengan monthly disposable huhu tapi ikut keselesaan korang lah nak pakai yang macam mana pun kannn.
TAPI
I ada issue dengan ketidakselesaan masa pakai contact lens ni. Taktahu kenapa. Pakai tak sampai sejam, mula rasa macam tak selesa. Macam boleh rasa lah contact lens tu dalam mata (if you know what I mean). Sebelum ni I pakai Acuvue (daily disposable) lek jeeee. Tapi Biomedics punya macam tak kena dengan jiwa hoho. So untuk hilangkan rasa tak selesa tu, I selalu titiskan ubat mata.
Kalau korang berminat nak beli contact lens, boleh lah jenguk websites MrLens (MrLens kena taja aku ni, dah banyak kali promote woh hahahaha!) sebab kat situ ada banyak jenis contact lens yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian.
Ok itu je.
Bye!
No comments:
Post a Comment