Haritu I tengah sedap makan burger. Gelojoh pun ye jugak haha. Nak dijadikan cerita, I tergigit bibir sendiri :'( selalunya kan kalau tergigit bibir mesti luka, sama ada dia baik sendiri atau kena ulcer kat situ. Nasib baik dia baik sendiri woh! Tetibe masa tergigit tu teringat kejadian setahun yang lepas :'( Flashback sangat hahaha!
Instead of kena ulcer atau luka kat bibir, I kena mucocele pulak! Macam mana nak terang eh?
I punya tak seteruk ni lah :'( |
Mucocele tu macam benjolan keras kat tempat kena gigit tu. Kalenjar air liur kat bibir boleh pecah bila kita tergigit atau suka hisap bibir. Bila dah pecah, air liur tu akan berkumpul dan membentuk benjolan dekat bibir. Ni kes makan gelojoh sangat kot hmmm tapi serius I memang selalu ada tendency untuk tergigit bibir bila makan.
Mulanya I tak tahu pun benda alah tu dipanggil mucocele. Tapi lepas dah benjol dekat dua tiga minggu tak hilang hilang, macam melampau lah pulak. Dah lah tak selesa, tambah pulak bila makan tergigit lagi kat tempat yang sama omg. I check simptom apa semua kat google (haha!) and baru lah confirm benda tu namanya mucocele. So I pergi pusat kesihatan kerajaan untuk buang benda alah tu. Agaknya nurse tu baru lagi kot, dia pun pelik mende alah apa mucocele tu? Doktor yang check pun macam, "emmm saya tak pernah lagi buang mucocele kat mulut orang, selalunya orang datang sini nak scaling or cabut gigi je" Adeh doc, saya dah cukup sengsara ni, buang je lah pls.
Tapi doktor ada cakap, kalau buang pun, tendency untuk mucocele datang balik tu ada. Masa I dengar tu macam weyyyyyyyyyyyyy apakah semua ni?! :'( :'( :'( doktor tu siap cakap, "betul ke nak buang ni? Kalau boleh tahan, tahan je lah" What the...
I suruh buang jugak sebab rasa tak selesa sangat. Betul lah apa yang doktor tu cakap, dua minggu lepas tu datang balik haih and I suruh buang jugak. Kenapa degil nak buang sangat do? Tahan je lah. Pfffft, kalau korang tengok masa I kena dulu, whenever I bukak mulut nak bercakap je, mesti nampak mucocele tu. So sepanjang I bercakap, sepanjang tu jugak lah mata engkorang memandang benda tu hahaha menyampah do.
As expected, kali kedua buang pun still tumbuh balik. Dahsyat tak penangan tergigit bibir ni? Hahaha! Tergigit bibir je punnnnn! Lepas terkena lagi tu I jadi pasrah lah, malas dah nak pikir. Ulang alik pergi klinik buang masa haku je. So setahun lebih I biarkan, sampailah satu hari tu I tergigit kat tempat tu. Berdarah habis time tu. Lepas tu makin besar lagi hade. Kalau dulu bila bercakap boleh nampak, sekarang tutup mulut pun nampak. Hohohohoho! Takleh jadi! I pergi jugak klinik swasta kat Bukit Sentosa untuk buang terus mucocele tu.
Puas I dok bebel dengan nurse kat situ. Doktor dengan nurse kat klinik tu pun macam fascinated bila aku cakap nak buang. Sebab katanya tak pernah ada lagi kes macam ni. Sepanjang proses nak buang tu, memang semua kerumun aku lah time tu. Tak pernah tengok katanya. Hm yelah, nak bagi korang experience lah sekarang ni lol.
Alhamdulillah, lepas kali ketiga buang baru okay. Parut tu ada lah tapi tak ketara sangat. Dua tahun wey menghadap benda alah tu memang menangis ah kalau kena lagi huhuhu. Sebab tu bila I makan burger baru baru ni and tergigit bibir, I jadi frozen kejap hahaha! Takut jadi lagi macam sebelum ni hewhew.
Sebab tu jangan buat main bila tergigit bibir ni hoho! Kang jadi macam I padan muka hahaha jk. Kalau jadi tu pergi klinik and buang kalau tak selesa k.
Byes!
26 comments:
Sakit ke buang mucocele
@Amond, dia bius dulu so tak sakit sangat.
Kalau biar jadi apa? Aku jdi jugk
Kalau biar jadi makin besar kalau tergigit lagi dan tak selesa je laa.
Bahaya tak benda tu?
Tak bahaya cuma kalau tergigit boleh berdarah and mungkin jadi besar la.
Sy tgh mengalami sekarang.mmg xselesa..ingtkn dlu xde ape2..tp sejak pkp ni mmg xkluar lnsg+xleh nk g klinik..jd risau pulak kalau xbuang..lepas dh buang tu.amik mase lame.x nk sembuh kt tmpt tu? Doc jahit x?
Lepas buat pmbedahan kecil tu sakit x? Brapa hari ambik masa untuk sembuh?? Lepas tu mcm mana nk gosok gigi smua tu? Sebab sy pun xlame lagi akan buat pmbedahan kecil tu.
Saya tak ingat ambek masa lama ke tak untuk sembuh. Tapi doktor jahit tempat tu. Kalau nak gosok gigi memang sakit sikit tapi kalau makan ubat tahan sakit tu okay lagi rasanya. Kena hati hati je sebab masa first time saya buat surgeri tu benda tu tumbuh balik. Lepas tu saya buat lagi surgeri untuk kali kedua sebab makin membesar. Jangan biarkan air liur terkena sangat kat tempat tu k.
berapa kos buang mucocelle tu?
Kalau klinik kerajaan tak mahal pun. Kalau buat kat swasta dalam RM100 lebih macam tu.
hai, saya dah seminggu lepas buang mucocele ni, kalau awak berus gigi macam mana sebab saya kalau kene air dekat jahitan tu sakit, so susah nak berus gigi 😭😭😭
awak berus gigi macam mana. sebab saya sakit kalau air kene jahitan so tak boleh berus gigi 😭
Aduh, sakit tu kalau macam tu 😭 tapi sebab saya makan ubat tahan sakit, so takde sakit mana sangat masa berus gigi. Pedih sikit je la.
Alamak aku terkena juga ni runsing la pulak
Aduhai hari aku baru perasan ada biji bwk bibir aduhai takut nya dah aku jarang nak hi hospital pun aku takut ada sesiapa yg tahu klinik yg ok tak kongsi nama klinik tu aku duk Putrajaya
Nak tanya ni masa dia buang tu dia bius ke ? Runsing pula kalau main tak bius memang mantap tahan hidup hidup
Haah, klinik yang saya pergi tu doktor bius dulu tempat tu.
saya pun ada bawah lidah, mula warna putih tapi tiba2 bertukar warna merah 😭😭😭 tiap kali lepas makan je mesti rasa sakit 😩
Saya pon ada..dh 5 buln..sy dh cek..memng x bahaya..kecuali die jd besar br Oprate x menyakitkan.. alhamdulillah..
Kasih baking soda nanti hilang sendiri, saya sebesar biji kopi ,alhamdulillah hilang
Hi. Boleh tahu nama klinik yg kt bukit sentosa tu?
Maaf dah tak ingat dah nama kliniknya 🙏🏼
Kalau sy boleh tau . . Kalau xbuang mococele tu boleh hilang x?
@Shasuhaana tak pasti. Kalau macam saya memang tak hilang. Makin besar lagi ada, lagi lagi bila tergigit mucocele tu T.T
Post a Comment