Monday 15 August 2016

[REVIEW] DAISO Almond Peeling Gel

Assalamualaikum!




Semalam masa jalan jalan dengan family, tetibe rasa nak try pergi farmasi beli ubat cacing hahaha! Yang ubat cacing tu nanti post lain I cerita. Lepas dah beli ubat cacing tu, iols dengan adik sempat lah melilau kat dalam farmasi tu. I memang dah lama nak beli face scrub tapi tak jumpa lagi yang betul betul berkenan di hati. Ada sekali tu beli face scrub jenama St. Ives tak silap. Okay tu okay lah, tapi entah lah, biasa biasa je kot. I pernah beli peel off mask from Himalaya jugak. Lagi hampeh rasanya. Mahal pun mahal, so rasa tak berbaloi beli harga mahal tapi kualiti tak semenggah mana. Tapi dah beli tu habiskan jugak lah, kalau nak beli lagi tu idak lah kot hoho.

Sebab setakat ni, I rasa peel off mask from Daiso jugak yang win. Yang charcoal kaler hitam tu


Haaa yang ni


Yang ni sumpah wey, segala daki kat muka semua keluar k. Lagi tebal sapu kat muka lagi best hahaha! Sebab tu rasa macam ek eleh beli face scub/peel off mask kat farmasi dekat RM20 sebotol tapi takde ah berkesan mana pung. Entah kenapa, Daiso kat Aeon Rawang dah takde dah peel off mask ni sob sob :'(

So haritu dah ada kat dalam mall, lepas singgah farmasi kitaorang terus gerak pergi Daiso kat tingkat atas. Itu dah kira rutin lah kalau datang Aeon Rawang. Mesti masuk dalam Daiso. Tak beli pun, saja menengok pape yang best kat dalam tu. Barangan dari Jepun kan quirky/pelik sikit :p

Tetibe ternampak benda ni masa melilau kat dalam Daiso tu





Daiso Almond Peeling Gel



Macam memanggil manggil suruh beli. Dah lah memang tengah mencari. Rasanya kalau tak berkesan pun, takde lah sakit hati sangat hahaha. So iols pun grab lah satu




To be honest, memang zero expectation bila beli benda alah ni. Balik rumah pun tak teringat langsung beli peeling gel ni, terperuk je kat dalam plastic bag hewhew.

Pagi tadi baru teringat ada beli hahaha so I pun gave it a try.

Kalau ikut English instructions dia memang kelaut wey hahaha nak nangis baca. Tapi isokay lah ada effort, gittuu :p




Daripada pembacaan iols, benda alah ni macam exfoliant. Dia akan buang dead skin cells etc. Memandangkan I baru je buat derma-rolling session, so kulit banyak mengelupas kat muka. Nak try jugak sama ada betul betul berkesan ke idok. Cara penggunaannya? Lepas dah basuh muka dengan pencuci muka, keringkan muka leklok lepas tu sapu pulak Almond Peeling Gel ni kat muka.

Kesannya?

.
.
.
.
.
.


Tak menyesal beli! Like I said, zero expectation kot dengan produk ni. Masa nak squeeze the gel out from the tube tu pun macam, em boleh ke benda ni buang kulit mati, sebab takde langsung biji biji scrub semua tu, clear gel je. Tapi lepas guna tuuuuu wey wah wah sangat! Kulit mengelupas tu semua hilang, rasa lembut je lepas pakai. Tetibe rasa konfiden dengan produk Daiso balik. Berkesan and berpadanan dengan harga, tak rasa macam nak menangis kat situ? Hahaha! 

p/s: Kalau berminat nak beli derma roller, boleh try beli kat Lazada. Maybe I akan post jugak pasal before and after dermarolling.

Oh yeeeeeee cerita pasal ubat cacing tu akan di post pada masa akan datang. Kelakar pulak bila ingat balik haha!






Okbye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...