Showing posts with label globaltestmarket. Show all posts
Showing posts with label globaltestmarket. Show all posts

Saturday, 7 May 2016

Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal!

Assalamualaikum!





Ada banyak cara sebenarnya nak jana side income. Lagi best bila tak payah keluar modal sesen pun! Nak pulak dibayar dalam USD, sapa taknak woiii. Tapi masalahnya kita taktahu benda tu scam atau tak, kan? 

I banyak baca blog dan websites yang mencadangkan macam macam cara nak jana pendapatan sampingan blablabla tapi hampeh. Siap suruh bayar lagi kalau nak join, padahal benda tu boleh di google di hujung jari je [ehem]

Setakat ni I still setia menggunakan CLIXSENSE dan GLOBALTESTMARKET. Dua websites ni so far memang tak tipu sebab I dah dua kali cash out dengan Clixsense dan GTM. Baru baru ni I cash out dari Clixsense dan dah dapat tak sampai seminggu pun. 

Tak percaya?






Haritu dapat email dari Clixsense, duit dah masuk dalam Paypal. Hohoho betul ke?


Dah masuk dah, alhamdulillah!


Setakat ni dah 6 bulan I join Clixsense, tak dapat banyak sebab tak rajin buat tasks apa semua tapi total nya adalah dalam



USD 37.32



So nak kata Clixsense ni scam, tak bayar apa semua tu tak lah. 

GlobalTestMarket pun I baru cash out minggu lepas, tapi tak dapat lagi. GTM memang selalu ambek masa sikit. Sebelum ni pun dalam seminggu lebih baru dapat. 

Itu baru dua websites PTC dan jawab survey. Jujur cakap lah, kalau korang jenis tak menyabar memang rasa mencabar jugak lah nak kutip duit kat situ. Sebab tu ramai orang komplen click iklan banyak banyak, dapat banyak tu je? Hmmm sebabnya korang tak paham teknik dia macam mana sebenarnya. Selain klik iklan untuk dibayar atau jawab survey, korang boleh complete tasks yang diberi takpun promote ID link korang untuk dapat referral. Dari situ pun korang boleh jana duit jugak, takpun letak banner sebesar besar alam kat blog, pun boleh jugak meh. Tapi kes I ni disebabkan tahap kemalasan yang tak boleh dibendung, so memang tak dapat banyak lah.

Emmm. Still rasa tak berbaloi jugak?

Okay lah, kalau rasa nak dapat banyak, korang boleh try link kat bawah ni. I dah pernah cuba, tapi setakat ni tak membuahkan hasil lagi lah. Maybe takde effort kot nak cuba, malas pun iye jugak. Sebab kena commit bila buat kerja, kalau PTC atau jawab surveys bila bila engko nak buat ke taknak buat ke tak jadi hal pun. 

Kalau berminat nak jadi freelancer, boleh lah try. Dua dua link I dah pernah cuba and serius kalau kena gaya memang dapat banyak. Tapi ye lah, kena compete dengan orang lain jugak untuk dapatkan job. 


Nak register pun free, takpayah nak bayar apa apa hewhew.

Tu je kot.







Bye!

Wednesday, 6 January 2016

GlobalTestMarket : Betul ke Tipu?

Assalamualaikum!


Hew. Harini baru rajin nak menaip pasal benda ni. Idea nak menulis tu ada tapi malas dengan rajin je ceritanyaaaa heh. 

Oh nak bagitahu ni, I takkan share something yang I sendiri tak cuba k. So harini I nak kongsi satu lagi cara untuk jana side income iaitu dengan menjawab survey. Kerja remeh for some people, tapi kalau rajin takde hal pun. Bayar dalam dollar kot, kalau convert ke RM? 


As of January 6th 2016

1$ pun kalau convert ke RM dah RM4 lebih. So takde ruginya kalau join. Dapat sikit pun jadi lah kan. Nak nak pulak student macam iols ni, ada duit belanja lebih huhu. I start join GlobalTestMarket ni masa tahun 2011 macam tu tak silap. Masa tu selalu nampak ads GTM ni kat dalam Facebook. I pun usha lah pasal GTM ni sebab ada member yang join jugak, so nak tahu lah apabenda GTM ni is all about.



Nak join pun free, takde kena bayar pape (itu yang penting kan hahaha :p) Lepas tu dia akan tanya lah some details about yourself supaya senang dia nak bagi survey yang sesuai dengan kita. Tapi I aktif kejap je, sebab busy dengan study and terus lupa pasal GlobalTestMarket ni. Rasa menyesal jugak tinggal kejap, kalau tak sekarang mesti dah banyak dah point kumpul dalam tu :'(

Dua tiga bulan yang lepas, I check baki terkumpul dalam tu ada 350 macam tu. Oh btw, setiap survey offer berlainan points tau! Ada yang offer banyak, ada yang offer sikit je. Ada setengah survey, baru jawab separuh jalan dah kena kick out dari survey tuuu. I dah selalu kena dahhh hahaha! Tapi jangan risau ye, kena tendang pun still dapat 5 points. 20 points = $1. 




Sekarang ni baki terkumpul I dalam 885 points. I nak cukup kan sampai 1000 points pastu cash out gahahahahahahaha! Tak banyak pun dapat, dalam RM200 mungkin, tapi bagi I dah kira okay lah tu heee ;) So bagi korang yang nak join, kena rajin lah. Actually, nak buat kerja apa pun memang kena rajin lah kan huhuuuuu.

Kesimpulannya, nak kata GlobalTestMarket ni scam tak kot. I banyak baca review orang kita yang dah cash out duit dari GTM apa semua, siap tunjuk surat dengan cheque bagaiii, okay jeeee. Kalau tengok recommendation sites untuk jawab survey pun, GlobalTestMarket is one of the most trusted sites lah. I ada jugak join sites yang lain, tapi I tengah test dulu berkesan ke tak, kalau berkesan nanti I share k.

Toodles!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...