Thursday, 15 November 2018

Subcision + PRP

Assalamualaikum.



Dah lama sebenarnya I mencari klinik yang sesuai untuk buat treatment subcision ni. I ada jugak cuba cari pengalaman orang melalui blog tapi tak membantu sangat rasanya. Mahal pun satu cerita jugak. Beribu riban jugak habis (insert waterfall crying emoji here lol). So masa tengah survey survey tu terjumpa Klinik Nur Raisha kat instagram (follow me hehe: aij93_). Tapi I follow je laaa, takde lah terus buat treatment.

Oh ye, sebelum tu. Apabenda subcision tu dik non?

NSFW: kalau takut jarum, better jangan tengok


Image result for subcision procedure
Sumber: Google Images


Kalau korang ada parut berlubang/berkawah macam I dan tak takut jarum, boleh lah berkira kira nak buat treatment ni. Prosedur dia lebih kurang macam gambar kat atas tu. Dia akan naikkan balik parut berlubang tu. Doktor akan sapu dulu cream kebas kat muka, tunggu dulu dalam 10 minit, cuci segala sisa and dia akan cucuk kan jugak ubat kebas kat muka untuk kekebasan maksimum lol so that tak terasa la jarum tu duk masuk ke dalam kulit.

Kenapa nak buat treatment ni? Kalau korang baca post post dalam blog I sebelum ni, I pernah jugak buat dermarolling sendiri kat rumah. Nak ikutkan dah 5 ke 6 kali jugak. Parut I agak dalam jugak so untuk nampak jelas perubahan tu, I cadang untuk buat subcision terus. Tak pernah baca lagi post tu? Boleh baca dekat sini:


I buat appointment sehari selepas Deepavali, Rabu malam. Klinik Nur Raisha tu dekat Puncak Alam, bersebelahan dengan Tesco, berdepan dengan Masjid Puncak Alam. Boleh waze je klinik tu. Masa tu tengah promotion; Subcision + PRP = RM400 per treatment. Sebelum klinik ni, I ada survey jugak Klinik Dr. Sophia Y Aesthetic, tapi kat Shah Alam lah pulak. Jauh dengan rumah. So Klinik Nur Raisha je pilihan yang ada sebab dekat dengan rumah.

So nak cerita sikit pengalaman buat treatment subcision + PRP ni. Harap bertabahlah baca :p

Mula-mula nurse cuci muka dengan deep facial cleanser. Masa ni tak berdebor lagi haha rasa rilex je. At  the same time, doktor ambil darah untuk treatment PRP. Lepas tu, dia guna suction untuk keluarkan blackhead and then sapu cream kebas tu kat muka. Pastu tunggu je lah 10 minit. I sampai terlelap sebab rasa rilex sangat time tu haha. Lepas 10 minit doktor inject lagi ubat kebas kat muka I. Tunggu lah dalam beberapa minit, then prosedur subcision pun bermula. Masa ni dah berdebor debor rasa. Mengucap siap. Terasa pedih pun ada tapi pedih sikit je macam kena gigit semut. Doktor buat treatment ni dekat kedua dua belah pipi. Selesai subcision, doktor buat treatment PRP pulak. Doktor guna darah yang dia ambil awal awal tadi, diproseskan balik dan inject kat kulit muka untuk penghasilan kolagen. Entah kenapa, inject PRP ni pulak yang rasa lagi sakit daripada subcision tadi lol. Doktor pun pelik haha. Tapi so far, okay je. Rasa sakit manja manja je. Then dia letak cooling mask. Tidur lah kejap 10 minit tu. Selesai lah treatment. Overall ambil masa dalam 35 - 40 minit.


Post treatment:

DAY 1
Muka masa tu memang terasa bengkak. Lebam kat sebelah pipi kiri. Maybe sebab parut sebelah kiri lagi teruk dari kanan. Doktor just advise letak ice pack kat muka untuk kurangkan lebam tu dan jangan guna pencuci muka untuk malam tu. Downtime ambek masa sehari ke dua hari tak silap. Redho je lah aku pergi kerja esoknya dengan muka bengkak.

DAY 3
Muka still bengkak tapi dah surut. Cuci muka pun macam biasa pakai pencuci muka.

DAY 5
Muka dah start kering and mengelupas. Sama macam masa I buat dermarolling dulu. So I letak moisturizer untuk lembabkan kulit. I pakai produk yang ada hyaluronic acid macam Hada Labo. Boleh cari kat Hermo jugak produk tu. Bagus untuk lembabkan kulit muka, bagi tak kering.

Klik dekat sini untuk cari pelembab muka/moisturizer. Beli 2 barang atau lebih dapat free shipping: HERMO

DAY 7
Selain moisturizer, I pakai serum daripada The Ordinary:

Image result for the ordinary niacinamide
Niacinamide 10% + Zinc 1%


Produk ni daripada Canada. Serum ni I pakai untuk kecikkan pores and smooth kan balik kulit je. Boleh cari dekat Lazada atau Shopee atau klik je kat link SINI.

So far, kulit muka dah bertambah baik. Treatment ni takleh buat sekali je dah flawless ye. Kalau parut tak teruk maybe sekali dah nampak perubahan. Tapi kalau parut teruk tu harap bertabah lah ye, kena buat 2 ke 3 kali jugak treatment tu. Tapi sekali treatment ni pun I dah boleh nampak perubahannya. Puas hati jugak spend duit untuk diri sendiri phew.



Bye!

1 comment:

Seo said...

Thanks for sharing the info regarding prp. You could also read more about prp injection knee, prp for under eyes, plasma injections for back pain, plasma injections for tennis elbow here.

Kindly contact Ava Clinic in Malaysia if you wish to have prp injection.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...