Assalamualaikum!
Lama sangat rasanya tak update blog! Baru-baru ni I dapat email daripada DBKL. Application untuk Pembantu Penilaian W19 dah diterima and kena menduduki Ujian Khas. Kalau Ujian Khas tu lepas, baru ada sesi temuduga. I pun tak expect sebab memang dah lupa ada apply untuk jawatan ni haha. Dah rezeki, pergi je lah. Dapat tak dapat, belakang kira ye dok? Yang penting, pengalaman tu :D
Tapi tu lah, tak sure nak study apa pasal penilaian ni. Bila google je, tak banyak orang yang share pengalaman ambek ujian ni. So I share apa yang mampu je lah ek untuk apa yang korang perlu expect bila ambek ujian ni haha!
I ambek Ujian Khas ni dekat Dewan Mestika IDB kat Bandar Tun Razak. Ujiannya start pukul 8.30 pagi. Gigih lah bangun pukul 5.30 tu nak bersiap apa semua. Sebab dah plan dah nak keluar pukul 6.30 pagi, kalau keluar lambat kang jalan jem.
So I bawak je segala benda yang dia mintak macam sijil-sijil, alat tulis (pensil 2B, pemadam, pen) dengan surat jemputan. Jangan lupa bawak sijil original and photocopy. Salinan IC pun jangan lupa jugak tauuu. Masa sampai tu pun takde orang lagi haha punya gigih gerak awal. Tapi takpe lah, at least ada masa nak study lagi. Ujian Khas ni soalan objektif ABCD. Tapi ya ampun, kalau korang lemah maths ke blur blur ke memang payah jugak lah nak jawab. Dah nama pun Pembantu Penilaian kan. Tambah pulak kalkulator atau segala jenis apps nak kira-kira tak dibenarkan langsung bawak masuk dewan. Kena kira manual ok! Dia just bagi paper kosong je untuk uols nak conteng conteng ke apa.
Antara contoh-contoh soalan yang I ingat lah...
1. Skop kerja Pembantu Penilaian
2. DBKL (siapa lantik Datuk Bandar, tujuan penubuhan DBKL etc etc)
3. Pengiraan luas objek/tanah
4. Cukai taksiran (teori, pengiraan)
5. Akta-akta yang digunakan
Seingat I takde pulak soalan pasal IQ ke sikap ke. Yang penting kena tahu formula lah and banyakkan baca pasal cukai. Silap I sebab taktau nak expect apa pasal penilaian ni, takde experience kan haha. Hopefully, benda ni sedikit sebanyak membantu korang jugaklah kalau ada keinginan nak apply jawatan ni hehe.
Bye!
No comments:
Post a Comment