Memandangkan dah masuk tahun baru, I ada ilham lah sikit nak kemas my makeup bag(s) yang dah berkurun lama tak kemas. Segala macam mak nenek ada dalam tu, dari lipstick, eyeliner, plaster sampai lah minyak gamat gahahaha!
Lupa pulak nak snap gambar kekusutan dalam beg tu huhuhu. Yang ada gambar kekemasan terkini je lol.
Selepas overhaul ♥ |
I tak
pernah berminat dengan makeup and all that beauty stuffs sebelum ni sebenarnya.
Sangat sangat lah menyampah bab mencari produk yang sesuai dengan muka ni haaa
sebab kulit I jenis combination. So payah sikit ye nak mencari produk sesuai
dengan kulit iols. Tapi since kawan kawan jenis banyak pengaruh, lepas tu ada
pulak makcik makcik jenis ketuk pintu bilik dorm jual segala produk apa semua,
I terbukak pintu hati lah nak cuba gituuuu. Haritu ada akak dari Victoria
Jackson datang ketuk pintu bilik, sibuk promote barang from VJ, siap nak
mekapkan haku lagi. Kebetulan pulak I tengah bersiap nak ke kelasss memang rasa luls sangat.
Tapi macam I pernah cakap sebelum ni, I sangat lah kedekut sikit bab nak spend duit ni, nak tu memang nak, tapi rasa macam alaaaaaaaaaaa weyyyyyy pakai duit ko boleh? Haha. So I takde lah jenis yang memilih brands when it comes to choosing makeup apa semua. Asal okay dengan kulit I and berbaloi dah kira okay lah tu. Kalau nak ikutkan dalam gambar tu, ada setengah barang tu adik adik I yang punya, main rembat je gahahaha dah jenis pakai pastu humban dalam beg haku buat apaaa luls.
Tadi pun dah alang alang bersihkan beg, bersihkan sekali lah segala brushes ni haaaa. Rasa tak senonoh pulak dah guna banyak kali tepek kat muka, lepas tu tak reti nak basuh. Kuman k, kuman. Kulit iols ni dah lah jenis mengada ngada sikit -_-
Dah habis kemas, boleh goyang kaki layan movies.
Toodles!
No comments:
Post a Comment