Friday, 11 December 2015

Roti Sarang Lebah/Honey Hive Bun with Caramel Sauce

Assalamualaikum!




Honey hive bun atau roti sarang lebah ni sedap gila makan dengan caramel sauce. Haritu ternampak ada orang jual bun ni kat Facebook. Nampak macam menarik tertarik je huhu tapi rasanya lagi puas kalau buat sendiri kot hehe. Satu lagi sebab I memang jenis suka baking. So I made my own version of roti sarang lebah. Bajet nak beli bahan apa semua around RM25+/- Most of the ingredients boleh didapati kat kedai jual bahan kek. Resepi ni I cedok kat blog Puan Azlita (http://www.azlitamasammanis.com/) and I alter sikit. Suka skodeng resepi Puan Azlita, maybe sebab gambar gambar dia semua cantik kot hehe. Oh well, meh nak ajar cara buat roti sarang lebah ni.





Bahan-bahan:
150 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
2 sudu besar madu
1 biji telur
125 ml susu segar
6 gm yis
20 gm gula
20 gm butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt 


Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk besar.
2. Gaul dan start uli jadi doh.
3. Lepas dah jadi doh, wrap doh tu and ketepikan. Bagi rest kejap dalam 40 minit.
4. Lepas 40 minit and doh pun dah start naik, tumbuk sikit bagi keluar angin dalam doh tu then ambek sikit bahagian doh tu and bentuk kan bulat bulat dalam 40 atau 50 gm macam tu.
5. Letak kat dalam loyang digriskan dengan mentega. Susun cantik cantik k.
6. Biarkan kejap dalam 40 minit macam tu, bagi doh tu naik dua kali ganda.
7. Lepas dah elok naik, glazekan dengan campuran telur dan susu segar, pastu boleh lah letak bijan hitam dengan pumpkin seeds (adik dah salah beli, sunflower seeds pun boleh lah nakkkk) bagi cantik and rangup bila ngap. 
8. Glazekan sekali lagi biar elok melekat. Pastu bakar dalam oven, api atas and bawah selama 40 minit. Tapi lain orang, lain oven nya, so rajin rajin lah check k!


Hasilnyaaaaaaa tadaaaaa!






Gebu gebassss k. Tambah pulak caramel sauce kat atas tuuu! Tak sampai setengah jam habis semua ni woiiii haha! Haaa caramel sauce tu pun I buat sendiri. Nanti kat post yang lain I cerita k. 

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...