Friday 6 January 2017

Florentine Cookies / Crunchy Almond Cookies Recipe

Assalamualaikum!






Tengah tengah bosan time weekend haritu, tetibe datang hidayah nak buat cookies haha! Actually Florentine Cookies ni adik adik yang buat and makan sampai habis haritu, yang akak nya ni dapat lah makan secebis dua. Kongasam sangat rasanyaaa.

So kali ni I buat sendiri, boleh makan puas puas heh. Kalau google tu, ada macam macam bentuk Florentine Cookies. Tapi resepi I ni simple gila okay. Campak campak je terus siap kekeke. I tak suka masak benda remeh remeh ni hahaha! So ayuh mulakan! :D


Bahan-bahan

Tepung Florentine - ada jual dekat kedai barang buat kek
*Almond
*Kuaci
*Pumpkin seed
Black sesame/bijan hitam (optional)


(*) ---- Bakar selama 4 ke 5 minit - bergantung kepada oven uols



Cara-cara



Bakar dulu yang ada tanda (*) tadi. I tak suka letak banyak banyak, so I letak banyak ni je. Kalau suka kuaci lebih ke, almond lebih ke boleh je letak bebanyak hihi. Lepas dah bakar tu, biarkan sejuk kejap, sambil tu ratah lah sikit haha!





Sediakan tempat nak bake cookies kita. I letak parchment paper supaya tak melekat. 




Rata kan tepung florentine. I suka letak sikit je, biar ada rasa crunchy. Tak suka letak banyak banyak, nanti manis sangat pulak. But again, ikut tekak masing masing lah nak macam mana. Agak agak nak gula dia tebal, letak lebih. Kalau ratakan pakai tangan, kena buat cepat cepat sikit sebab tepung tu akan lekat dekat tangan.




Lepas dah ratakan tepung, letak pulak kuaci, pumpkin seeds dengan almond. Lepas tu tabur bijan hitam. Bakar selama 5 ke 6 minit bergantung pada oven masing masing. Jangan sampai hangus lak gula tu. Nampak je brown dah boleh tutup api, nanti dia akan slowly masak dan tak hangit.




Ni kes terbiar lama. Sebab tu nampak brown terlebih. Tapi kisah pulak kan, last last makan masuk perut jugak emmm. Biarkan sejuk kejap and dah boleh potong pakai pisau ke apa.




Tapi disebabkan wa tak menyabar orangnya, wa kasi pecah je cookies itu eheh. Sebab nipis kannn, potong pakai pisau pun takde bentuk. Emmm mak redha je lah bentuk pelbagai camni. Yang penting sedap!




Itu je lah resepi Florentine Cookies/Crunchy Almond Cookies yang senang gila rasa nak menangis. Boleh buat mengunyap time tengok tv hehe. Okaybye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...