Monday 25 July 2016

Cosmo World Berjaya Times Square Theme Park Kuala Lumpur

Assalamualaikum.




Dua minggu lepas kawan kawan I ajak jumpa dekat Times Square. Semua beria benor ajak jumpa sebab ada yang dah habis study en, so nak jumpa for the last time lah. Alkisahnya, deme sibuk nak main kat Cosmo World. Alaaaa yang ada indoor theme park tuuuu. Kerana kawan, kuturutkan juaaaa hewhew. Tapi I dah banyak kali pergi sebelum ni, so takde lah se excited kengkawan yang lain. Kengkawan yang lain semua lain lain nogori, so nak merasa lah main kat situ. 

Cadangnya jumpa tengahari, so pukul 9 pagi macam tu dah siap siap nak gerak dah. Sebab I naik public transport so kena lah rancang waktu leklok. Naik KTM dari Rawang nak ke KL Sentral dalam RM5.10 tak silap. Lepas tu dari KL Sentral kena tukar naik monorel pulak, dalam RM3 lebih. Emmm penat k menapak.

Cosmo World tu duk kat Tingkat 5. Tak susah pun nak cari. Agak agak macam dengar bunyi bergegar gegar tu dah nak dekat lah tu hahaha. 


Untuk keterangan lanjut, boleh KLIK SINI


Masa pergi tu time weekdays so tak ramai sangat orang. Sebelum nak masuk tu, bayar dulu kat kaunter and dia akan bagi satu wristband. Korang boleh keluar masuk Cosmo World tu dua kali je. Sekati korang lah nak pergi solat ke makan ke hape. Lebih dua kali, beli tiket lain hoho. 


Harga tiket



Kalau nak jimat, book online. Dapat 15% diskaun. Kira lah berapa jimat kat situ.




Sampai je terus bergambar hahaha lama tak jumpa! 

Masa sampai tu pun, I main permainan kanak kanak dulu. Nak kasi warm-up katakannn kah! Kalau terus naik roller coaster kang pening dah taknak main games lain pulek. So naik lah train kanak kanak ni haaaaa




YB melawat kawasan. 


Tak semua rides kanak kanak ni boleh naik. Ada certain rides je adults boleh naik. Kitaorang naik train macam dalam gambar kat atas ni, Crazy Bus dengan hape tah satu lagi. Kononnya, nak naik roller coaster yang paling last hahaha deme tak tahu yang paling rasa nak muntah DNA Mixer tu hoho.



 https://www.berjayatimessquarethemeparkkl.com/key-attractions




Lepas puas jadi kanak kanak ribena, kitaorang beratur tunggu turn nak main Robo Crash. Dapat je masuk, semua berebut kete, jenis tak sabar nak langgar orang pft. Banyak dendam kot selama ni hm. Kalau tengok daripada gambar pun tak payah beratur panjang, kejap je dah boleh masuk.




Lepas puas langgar kete, kitaorang pun turun tingkat bawah main Spinning Orbit pulak. Taktau lah kenapa deme ni cuak sangat nak main benda alah ni


Padahal bagi  I yang ni lah paling santai daripada yang lain lain hahaha. 




Em nampak lah muka yang tak berapa nampak tu hahaha. Yang ni namanya Oort's Express. Rajinnya google nama ahaha. Yang ni duduk dalam ranking ketiga rasa nak muntah lepas DNA Mixer and 
Supersonic Odyssey.  




Next ride, Supersonic Odyssey aka roller coaster. I boleh tahan naik benda alah ni dua kali je. Lebih dari tu memang tak lah dik non, pening gila kot. Kawan I lagi lah, naik sekali terus muntah. Punya dasat. Nasib baik lah ni last ride yang kitaorang main. I nak main Dizzy Izzy kat tingkat bawah tu tapi dorang dah naik dulu sebelum I sampai, lepas tu masing masing taknak naik dah, pening, tak best lah takde geng zzz.

Roller coaster dia boleh tahan lah. Part pusing 360 darjah tu takleh blah k. Dah lah tu, sekati je berhenti mengejut. Sakit tengkuk mak.






Muka masing masing lepas naik roller coaster. Berjemaah semua kat kerusi, atas lantai hahaha. 



Habis bersuka ria, kitaorang pun keluar untuk solat, then makan and lepas tu teman deme shopping. The end.



Minggu ni plan keluar dengan Essy pulak. Banyak benda nak catch up hewhew.






Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...