Sunday 22 May 2016

Blincon BB Series

Assalamualaikum!




Siapa yang pernah baca post I sebelum ni (hohoho tak baca lagi? meh klik sini, http://clovereightyfive.blogspot.my/2016/02/freshlook-illuminate.html) maybe dah tahu dah I memang pakai contact lens. Tapi I dah habis pakai dah semua 5 pairs tu so kena beli lagi hoho. 

Baru baru ni terminat pulak nak try Blincon BB Series eheh. Sebab nampak macam lawa je orang pakai. 

Macam biasa lah, I beli dekat MrLens sebab sangat sangat affordable hokay. Kalau websites lain kena beli in bulk, dekat MrLens beli sekotak je pun boleh. 



Sampai dalam masa dua hari je. 


I berminat nak pakai Blincon BB Series sebab rasa berbaloi dengan harga. Satu, sepasang contact lens ni boleh tahan sampai 3 bulan. Memandangkan I jarang jarang pakai contact lens (pakai pun bila rajin) so dengan harga yang ditawarkan untuk pemakaian selama 3 bulan tu I rasa sangat berbaloi. Dua, sebab keselesaan. Ramai yang review kata pakai Blincon BB Series ni selesa sangat, rasa macam tak pakai pape kat dalam mata tu. Blincon BB Series ni jugak Korean brand. So nak acah acah nampak macam orang Korea pun boleyyyy (werk, muntah time menaip ni)


Kalau nak ikutkan, kaler grey yang paling popular. I pun tak tau nak try yang mana satu, semua nampak lawa je woh. So I ambek ikut popularity hahaha. Lepas habis 3 bulan nanti pakai color lain pulak eheh :p



Satu kotak tu ada sepasang contact lens. I order power 5.00. Rabun gila kan? Haih bila lah boleh buat lasik ni :"(


So far rasa selesa sangat. Satu benda yang I perasan, lens dia thin, tak tebal. Sebab tu kot rasa selesa time pakai. Selalunya I akan pakai dari pagi sampai malam and in between tu agak agak mata macam kering je, I akan titiskan ubat mata untuk re-hydrate kan balik. 


      

Bila pakai Blincon BB Series ni, terasa lah mata tu nampak besor. Tengok lah diameter nya pun, 8.6 mm. Memang nampak macam doll terus.

Nak tahu tak? I beli dengan harga RM39 je dekat MrLens. Harga asal dia mahu dalam RM60 ke RM70 macam tu. Berbaloi gila. Lepas ni nak try color lain pulak :D



Nah belanja selfie satu kali ahah :p





Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...